Thursday 30 August 2012

Monday 27 August 2012

Kaedah Pembelajaran Yang Lebih Berkesan

Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha kita menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran.
Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu ‘formula’ yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. Apa yang penting untuk dijelaskan ialah beberapa garis panduan yang besar sahaja dikenalpasti untuk dijadikan landasan bagi seseorang pelajar bergerak menghadapi peperiksaan.
FAKTOR-FAKTOR DORONGAN DALAM PEMBELAJARAN
  • Mengenal pasti wujudnya ‘motivasi dalaman’ atau faktor-faktor pendorong di dalam diri maing-masing, misalnya kemiskinan.
  • Menginsafi akan kepentingan ilmu, tujuan ilmu dipelajari, untuk apa dan hendak ke mana ilmu yang dikumpulkan itu.
  • Dorongan dari rasa tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
  • Menginsafi peranannya terhadap masyarakat pada masa hadapan.

Sunday 26 August 2012

Peribahasa: Kata-kata hikmat

1. Bersekutu Bertambah Mutu
Erti: Berkerjasama antara satu dengan lain dalam melaksanakan sesuatu akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang.

2. Bersatu Teguh Bercerai Roboh 
Erti: Perpaduan akan menjadikan kita kuat, manakala perpecahan akan
 melemahkan kita.

3. Jimat Cermat Membawa Berkat
Erti: Sikap berjimat akan mendatangkan faedah.

4. Masa Itu Emas
Erti: Masa itu sangat berharga.

5. Ilmu Itu Pelita Hati 
Erti: Ilmu merupakan sinar yang memberi panduan pada kehidupan manusia

6. Bahasa jiwa bangsa 
Erti: Bahasa adalah lambang keperibadian sesuatu masyarakat.

Friday 24 August 2012

Kata bilangan

Dalam bahasa Melayu, kata bilangan ialah kata yang menyatakan banyaknya benda. Kata bilangan ada enam jenis iaitu:
  1. Kata bilangan tentu
    Contoh: satu, dua, tiga
  2. Kata bilangan tak tentu
    Contoh: beberapa, banyak, segala
  3. Kata bilangan himpunan
    Contoh: kedua-dua, berbulan-bulan
  4. Kata bilangan pecahan
    Contoh: setengah, tiga suku
  5. Kata bilangan pisahan
    Contoh: tiap-tiap, masing-masing
  6. Kata bilangan tingkat
    Contoh: pertama, kedua, ketiga

Wednesday 22 August 2012

CONTOH KARANGAN PERIBAHASA (TEKNIK CERITA)

SOALAN:Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa ‘Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian’.

Haizam seorang anak yatim. Bapanya meninggal dunia semasa dia berusia 10 tahun. Ibunya, Puan Mina pula lumpuh sebahagian daripada tubuhnya akibat diserang angin ahmar kira-kira dua tahun yang lalu.Haizam mempunyai seorang adik perempuan yang bernama Najwa Amira.Adiknya berumur sembilan tahun. Lantaran kemiskinan dia terpaksa berhenti sekolah semasa berada dalam tingkatan empat walaupun mendapat tentangan daripada ibunya.

Sunday 19 August 2012

Latihan tatabahasa

Tugasan:
Cari kata nama dan kata kerja. Isikan dalam jadual yang disediakan.
Nombor
Kata Nama
Kata Kerja
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Saturday 18 August 2012

Nilai Murni dan amalan Baik

  • adil
  • amanah
  • berterima kasih
  • bertimbang rasa
  • hormat kepada pemimpin.
    bertindak pantas
  • berusaha
  • hormat kepada rakan
  • cekal
  • hormat-menghormati
  • cinta kepada keamanan 
  • ikhlas
  • cinta kepada negara

Saturday 4 August 2012

Jenis-jenis ayat bahasa Melayu


Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud yang sama. Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang sentiasa hidup serta menarik. Jika hanya satu jenis ayat saja yang digunakan akan timbul rasa jemu pada pembaca. Oleh sebab itu, sasterawan dan penulis yang baik selalu menggunakan jenis-jenis ayat yang lain, sesuai dengan keperluan.
Jenis-jenis ayat bahasa Melayu dapat digolongkan kepada empat ragam: 

1. Ayat penyata:  
  • Ayat transitif dan ayat intransitif
  • Ayat aktif dan ayat pasif
  • Ayat sungsang
  • Ayat nafi
  • Ayat inti dan ayat gabungan  
2. Ayat perintah 
3. Ayat tanya
4. Ayat seru

Friday 3 August 2012

Karangan - Cerita

Pengenalan

  • Karangan cerita merupakan karangan yang paling popular dalam UPSR. Karangan yang hendak ditulis mestilah berdasarkan tema atau situasi yang diberi. Untuk menghasilkan sebuah cerita yang baik, kesinambungan jalan cerita mestilah berurutan dari satu perenggan ke perenggan yang lain.
  • Karangan jenis cerita ialah karangan yang berbentuk cerita rekaan, cerita imaginasi.
  • Ketepatan fakta tidak diperlukan, tetapi cerita yang dipaparkan mestilah logik, menggunakan bahasa yang indah serta pengolahan yang mempunyai unsur-unsur kreatif.
  • Karangan ditulis berdasarkan pengalaman, pemerhatian, perbualan, dan pembacaan.
  • Sebuah cerita yang baik mempunyai ciri-ciri seperti berikut, iaitu peristiwa, watak, tempat ( latar cerita) sebab dan akibat kejadian serta plot (jalan cerita).
  • Karangan di bahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu perkembangan isi, ketegangan, kemuncak, dan penyelesaian.
  • Perbualan atau dialog boleh digunakan untuk menghidupkan sesebuah cerita.
  • Setiap cerita mempunyai nilai murni seperti tolong-menolong, kasih sayang dan sebagainya.
  • Kemahiran berfikir secara keritis dan kreatif sangat-sangat diperlukan untuk mencorakkan jalan cerita yang lebih menarik dan berkesan.

Golongan kata

Golongan Kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat bahagian yang besar:
  • Kata nama
  • Kata kerja
  • Adjektif
  • Kata tugas.
Bahagian-bahagian itu terdiri daripada dua kumpulan kata, iaitu kata isian dan kata tugas. "Kata isian" ialah kumpulan kata yang terbuka dan sentiasa berkembang. Kata nama, kata kerja dan adjektif ialah kata isian terbuka. "Kata tugas" pula ialah kumpulan kata tertutup, contohnya dan, itu, amat, walaupun dan sebagainya. Kata-kata juga boleh digolongkan berdasarkan faktor sintesis dan semantik.