Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan,
aku dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda
harga yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350.00.
Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadis bernama Linda. Linda memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku, mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki.
Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku.

Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan
aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa
panas. Aku cuba menahan keperitan tetapi akhirnya aku hanya mampu
menangis kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku
terbakar.
Apabila terhidu bau badanku terbakar, Linda tergesa -gesa mendapatkanku. Namun sudah terlambat kerana aku sebahagian badanku telahpun hangus. Kini aku hanya menjadi penghuni setia almari usang.

No comments:
Post a Comment