Monday 30 July 2012

Kata Ganda



Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan, sama ada sebahagian atau seluruhnya.
Kata ganda terdiri daripada:
  1. kata ganda seluruh
  2. kata ganda semu
  3. kata ganda separa (separuh)
  4. kata ganda bersajak atau berima 
  5. kata ganda berimbuhan.

Sunday 29 July 2012

Karangan Peribahasa "Seperti Kacang Lupakan Kulit"

Pak Utih sedar dia tidak bersekolah. Hendak berniaga, dia tiada modal. Hendak menjadi tukang rumah, dia tiada kemahiran. Apatah lagi hendak bekerja di jabatan kerajaan. Jadi, hanya buruh kasar pekerjaan yang sesuai untuk orang seperti dirinya.

Begitupun, Pak Utih bertekad. Dia tidak mahu anak-anaknya menjadi seperti dirinya. Dia mahu melihat anak-anaknya berjaya. Mudah-mudahan, kejayaan mereka nanti dapat meringankan beban yang ditanggung selama ini.

Saban hari, Pak Utih melakukan pelbagai pekerjaan. Dia sanggup mengambil upah menebas rumput, memanjat pokok kelapa, menanam pokok koko, dan memetik buah sawit semata-mata untuk menyekolahkan Karim dan Salim. Dia sanggup berlapar, dia sanggup tidak bersalin pakaian asalkan anak-anaknya dapat belajar.

Saturday 28 July 2012

Puisi

Puisi merujuk kepada susunan / aturan ayat yang menyampaikan maksud dalam bentuk yang indah. Puisi adalah satu cabang kesenian manusia. Puisi boleh berdiri secara sendiri, dan boleh juga disulam dalam seni lain seperti drama puisi, him atau lirik.

Terdapat pendapat bahawa kesenian adalah apa yang membezakan manusia berbanding haiwan.

Puisi Cina oleh Maharaja Gaozong (Dinasti Song)

Sumber - Wikipedia

Friday 27 July 2012

Karangan Format Laporan

Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah anda. Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang kegiatan-kegiatan yang telah dijalankan oleh persatuan tersebut. Sediakan laporan itu selengkapnya.

*** *** ***** *** ***

Rangka karangan

Pendahuluan:
-penubuhan persatuan
-anggota persatuan
-tujuan penubuhan

Wednesday 25 July 2012

Kata Nafi

Kata nafi ialah kata yang digunakan untuk menafi atau menidakkan sesuatu cerita atau predikat.

Contoh kata nafi:


Tidak/tak/tiada - digunakan untuk manafikan sesuatu kata kerja dan adjektif (sifat)

Contoh ayat:
1. Selepas bertengkar dengan ayah, abang tidak banyak bercakap.
2. Nampaknya tiada seorangpun dalam kelas ini yang ambil tahu akan perkembang sukan terkini .

Sunday 22 July 2012

Perkataan Sinonim dan Antonim

Perkataan Sinonim/seerti:
Perkataan sinonim ialah perkataan yang memberikan makna yang sama erti dengan perkataan yang diberikan.

Contoh perkataan seerti:
1.Sukar – susah – payah.
2. Cerdik – bijak –bergeliga.
3. Senang – mudah - enteng. 
4. Awal – mula .

Perkataan Antonim/berlawanan:
Perkataan antonim ialah perkataan yang memberikan makna berlawanan daripada perkataan yang diberikan.