Saturday 18 August 2012

Nilai Murni dan amalan Baik

  • adil
  • amanah
  • berterima kasih
  • bertimbang rasa
  • hormat kepada pemimpin.
    bertindak pantas
  • berusaha
  • hormat kepada rakan
  • cekal
  • hormat-menghormati
  • cinta kepada keamanan 
  • ikhlas
  • cinta kepada negara
  • jaya diri dedikasi
  • jimat
  • empati
  • kasih sayang
  • gigih
  • keadilan
  • gotong-royong
  • kebebasan
  • hemah tinggi
  • keberanian
  • hormat kepada adat resam
  • kebersihan fizikal
  • hormat kepada agama
  • kebersihan mental
  • hormat kepada guru
  • kebersihan persekitaran
  • berbincang terlebih dahulu
  • baik hati
  • bercakap benar
  • membantu
  • berdikari
  • belas kasihan
  • berfikiran terbuka
  • berani
  • bertanggungjawab
  • berhati-hati
  • berani kerana benar
  • beringat-ingat
  • berani mempertahankan pendirian
  • bermaaf-maafan
  • bermuafakat
  • berani
  • bersabar
  • beratur / berbaris
  • bertanggungjawab
  • bertanya jika tidak tahu
  • hormat kepada orang tua
  • hormat kepada ibu bapa
  • kejujuran
  • hormat kepada jiran
  • kerajinan
  • hormat kepada kepercayaan
  • kerjasama
  • hormat kepada ketua
  • kesederhanaan
  • kesopanan
  • mengucapkan tahniah
  • kesyukuran
  • mengutamakan keselamatan diri dan orang lain
  • kunjung-mengunjung
  • memberi salam
  • membuat persiapan awal
  • menjawab salam
  • membuat pertimbangan
  • menumpukan perhatian
  • membuat rujukan
  • menuntut ilmu
  • mementingkan masa
  • menyiasat terlebih dahulu
  • mempunyai cita-cita
  • mendoakan kesejahteraan
  • merendah diri
  • menepati masa
  • murah hati
  • mengakui kesalahan diri
  • patuh kepada undang -undang
  • mengambil tahu
  • mengenang budi
  • peka terhadap sesuatu
  • mengeratkan hubungan kekeluargaan
  • mengharai perpaduan
  • persaudaraan
  • rajin
  • menghargai jasa
  • ramah mesra
  • mengharumkan nama negara
  • rasional
  • mengikut peraturan
  • saksama
  • saling memahami
  • sayang
  • sedar akan kekurangan diri
  • sedar akan kelebihan diri
  • sedia memaafkan
  • semangat bermasyarakat
  • semangat kejiranan
  • semangat kesukanan
  • semangat patriotik
  • simpati
  • sopan
  • taat kepada ibu bapa
  • tabah
  • tekun
  • toleransi
  • menolong
  • yakin pada diri sendiri
  • menziarahi.
Contoh Keterangan /Ayat Yang Dipadankan Dengan Nilai Murni 
(Klik untuk besarkan)
 CONTOH PENGGUNAAN NILAI MURNI DALAM PENULISAN
Lihat nilai murni yang terdapat dalam ayat di bawah. Kemudian lihat ayat yang dibina daripada nilai murni tersebut .

1. Pada waktu rehat, kami beratur untuk membeli makanan di kantin.

Nilai Murni: mematuhi peraturan.

Ayat: Kita mestilah mematuhi peraturan walaupun di mana-mana.

2. Pengawas sibuk menjalankan tugas masing masing.

Nilai Murni: bertanggungjawab

Ayat: Kita sepatutnya melaksanakan tugas yang diberikan dengan rasa tanggung jawab.

3. Seorang pengawas lelaki yang kebetulan berada di situ mendekati budak itu.“Mengapakah adik menangis? “ tanya pengawas itu.

Nilai Murni: perihatin

Ayat: Kita seharusnya perihatin dengan keadaan dan masalah yang berlaku di sekeliling kita.

4. “ Makanan saya terjatuh ke lantai. Seorang murid telah terlanggar saya. Saya sangat lapardan saya tidak ada duit lagi untuk membeli untuk membeli makanan,“ jawab budak itu sambil menangis.

Nilai Murni: berterus-terang.

Ayat: Kita dikehendaki berterus-terang tentang masalah yang dihadapi agar pihak-pihak berwajib dapat menghulurkan bantuan.

5. “Abang ada duit. Abang akan membelikan makanan dan minuman untuk kamu. Mari ikut abang. “ kata pengawas itu.

Nilai Murni: memberi pertolongan.

Ayat: Kita sewajarnya memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan.

TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN C:
1. Baca sekali untuk memahami petikan secara umum.

2. Baca sekali lagi dan gariskan perkataan atau ayat yang mempunyai nilai murni atau pengajaran.

3. Senarai semua nilai murni atau pengajaran untuk dibuat ulasan.

4. Gunakan penanda wacana bagi setiap nilai murni atau pengajaran yang diulas.

5. Pastikan tiada nilai murni atau pengajaran yang diulas berulang-ulang.

6. Setiap nilai murni atau pengajaran perlu disertai dengan huraian yang baik.

7. Pastikan tiada kesilapan tatabahasa apabila membina ayat.

8. Elakkan menggunakan ayat yang terlalu panjang.

9. Jawapan yang bersifat positif.Mulakan ayat seperti berikut:

     i. Kita mestilah….........................................

     ii. Kita sepatutnya…....................................

    iii. Kita seharusnya..................................….

    iv. Kita dikehendaki….................................

    v. Kita sewajarnya ......................................

CONTOH PENULISAN:

Nilai murni yang terdapat dalam petikan di atas, antaranya kita mestilah......
Selain itu, kita sepatutnya..................................
Seterusnya, kita seharusnya...............................
Kita juga dikehendaki........................................
Akhir sekali kita sewajarnya..............................

Setiap Nilai Murni perlu dihuraikan dalam ayat lengkap. Sebagai contoh, perhatikan rumusan berikut:

Nilai murni yang dapat diambil dari petikan di atas antaranya, kita mestilah mematuhi peraturan walaupun di mana juapun kita berada.Selain itu kita juga sepatutnya melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab.Seterusnya kita juga seharusnya perihatin dengan keadaan dan masalah yang berlaku di sekeliling kita.Kita juga dikehendaki berterus-terang tentang masalah yang dihadapi agar pihak-pihak berwajib dapat menghulurkan bantuan.Akhir sekali Kita sewajarnya memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan. 

1 comment:

Cikgu Tipah said...

Terima kasih cikgu kerana membantu tugasan saya. Tumpang share ye.