Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat
untuk menyatakan maksud yang sama. Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu
merupakan sebuah bahasa yang sentiasa hidup serta menarik. Jika hanya satu
jenis ayat saja yang digunakan akan timbul rasa jemu pada pembaca. Oleh sebab
itu, sasterawan dan penulis yang baik selalu menggunakan jenis-jenis ayat yang
lain, sesuai dengan keperluan.
Jenis-jenis
ayat bahasa Melayu dapat digolongkan kepada empat ragam:
- Ayat transitif dan ayat intransitif
- Ayat aktif dan ayat pasif
- Ayat sungsang
- Ayat nafi
- Ayat inti dan ayat gabungan
3. Ayat tanya
4. Ayat seru
Ayat aktif
· Ayat aktif dengan kata kerja transitif
· Ayat aktif dengan kata kerja pasif
Ayat pasif
Berbanding
dengan ayat aktif yang menekankan subjek, ayat pasif memberikan
penekanan terhadap objek dan perbuatan sehingga subjek pelaku tidak
dipentingkan atau langsung tidak perlu dinyatakan. Hal ini ada kaitannya dengan
bahagian manakah yang anda hendak pentingkan atau menegaskan. Contohnya:
· Perkara itu
sudah diselesaikannya; atau
· Perkara itu
sudah diselesaikan
adalah
ayat-ayat pasif yang menegaskan "perkara itu", bukan pelaku yang
menyelesaikan perkara itu. Bandingkan dengan ayat, "Dia sudah
menyelesaikan perkara itu." Ayat itu menegaskan pelaku "dia".
Ayat perintah
Ayat perintah bertugas
untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan,
ajakan, silaan, doa, dan harapan.
Jenis perintah
|
Contoh penggunaan
|
|
Perintah
|
Berdiri di atas kerusi itu.
|
|
Suruhan
|
Ikat tali kasut anda dengan betul.
|
|
Larangan
|
Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya.
|
|
Permintaan
|
Tolong angkat baju itu.
|
|
Ajakan
|
Mengucaplah banyak-banyak.
|
|
Silaan
|
Sila jamu selera.
|
|
Doa
|
Syukurlah kamu sudah kembali.
|
|
Harapan
|
Harap-harap hari tidak hujan.
|
|
Perhatikanlah
bahawa ayat-ayat di atas mempunyai susunan yang sama, iaitu subjeknya tidak
dinyatakan. Ini disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada orang yang ayat
perintah itu ditujukan.
Contoh-contoh
di atas juga menunjukkan bahawa awalan "ber" dan "men"
kekadang tidak digugurkan. Aturan yang perlu dipegang ialah:
- Untuk kata kerja intransitif (kata kerja yang tidak memerlukan objek): awalan tidak boleh digugurkan.
- Untuk kata kerja transitif (kata kerja yang memerlukan objek): awalan meN hendaklah digugurkan.
Ayat nafi
Ayat nafi ditandai
oleh adanya kata "bukan" dan "tidak". Secara
umum, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, umpamanya:
·
Dia tidak berpengalaman,
tetapi cekap.
·
Aurora bukan jururawat,
tetapi doktor.
Disamping
itu, ayat nafi boleh juga digunakan untuk menekankan atau menegaskan sesuatu
maksud. Contohnya:
Ayat biasa
|
Ayat nafi
|
Cadangannya harus diketepikan.
|
Cadangannya tidak
perlu kita pedulikan.
|
Kerja ketua memang susah.
|
Kerja ketua tidak
pernah senang.
|
Walaupun
kedua-dua ayat dalam setiap pasangan di atas mempunyai maksud yang sama, ayat
nafi menekankan maksudnya, sedangkan ayat biasa menyatakan maksud secara biasa
sahaja.
Peranan ayat
nafi sebagai penegas maksud juga boleh diperhatikan dalam ayat tanya,
umpamanya:
1. Bukankah
orang itu guru kamu?
2. Tidakkah
kamu ingin menyertai peraduan itu?
3. Anda sudah faham, bukan?
Penggunaan dengan frasa nama
Secara umum,
kata nafi "bukan" digunakan apabila frasa yang mengikutinya
ialah frasa nama. Contohnya:
1. Ini bukan kucing.
2. Malaysia bukan negara republik.
3. Gajah bukan haiwan yang terbesar
di dunia.
Selain itu,
"bukan" juga boleh digunakan untuk frasa yang lain daripada
frasa nama dalam hubungan seperti yang berikut:
1. Dia bukan bodoh, tetapi
malas.
2. Dia bukan belajar,
tetapi bermain.
Kata "bukan"
dalam kedua-dua ayat itu boleh juga digantikan dengan "kata tidak":
1. Dia tidak bodoh, tetapi
malas.
2. Dia tidak belajar,
tetapi bermain.
Bagaimanapun,
penggantian "bukan" dengan "tidak"
menyebabkan sedikit perubahan maksud. Penggunaan "tidak" hanya
menyatakan maksud secara biasa, sedangkan penggunaan "bukan"
menekankan pertentangan dua keadaan secara jelas.
Penggunaan dengan frasa sendi
Untuk frasa
sendi, kata nafi bukan dan tidak digunakan menurut kesesuaian,
umpamanya:
1.
Saya tidak ke sekolah
hari ini kerana sakit.
2.
Saya bukan dari sektor
kerajaan.
3.
Malaysia bukan di benua
Afrika.
4.
Buku ini bukan untuk
anda.
Kata "bukan"
dan "tidak" dalam keempat-empat ayat di atas tidak boleh
saling berganti. Oleh sebab itu, perhatian harus diambil dalam penggunaan kata
"bukan" dan "tidak".
Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan
yang biasa berlaku untuk ayat nafi ialah kekeliruan antara penggunaan kata
"bukan" dan "tidak".
Ayat tanya
Ayat tanya dalam bahasa
Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara:
1. Membubuh tanda tanya pada akhir ayat penyata
Ayat penyata
|
Ayat tanya
|
Tetamu sudah tiba.
|
Tetamu sudah tiba?
|
Buah itu sudah masak.
|
Buah itu sudah masak?
|
Mereka hendak menolong kita.
|
Mereka hendak menolong kita?
|
Dengan tidak
mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya boleh dibentuk
dengan tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam pertuturan, ayat tanya di
atas dinyatakan dengan suara menaik pada akhir ayat.
2. Menggunakan partikel "kah"
Ayat-ayat
tanya dalam bahagian di atas juga boleh disungsang melalui penggunaan partikel
"kah" untuk mencipta ayat tanya sungsang:
Ayat penyata
|
Ayat tanya
|
Tetamu sudah tiba?
|
Sudah tibakah tetamu?
|
Buah itu sudah masak?
|
Sudah masakkah buah
itu?
|
Mereka hendak menolong kita?
|
Hendak menolong kitakah
mereka?
|
Penggunaan
partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah
penting untuk mengelakkan kesamaran makna.
3. Menggunakan pelbagai kata
Ayat tanya
juga boleh dibentuk dengan menggunakan kata ada, apa,
bila, bagaimana, berapa, mengapa,
mana, dan siapa.
Kata
|
Ayat tanya
|
|
Tanpa partikel "kah"
|
Dengan partikel "kah"
|
|
Ada
|
Tiada
|
Adakah cara saya ini betul?
|
Apa
|
Apa yang kamu beli tadi?
|
Apakah yang kamu beli tadi?
|
Bagaimana
|
Bagaimana cara untuk mendaftar diri?
|
Bagaimanakah cara untuk mendaftar diri?
|
Bila
|
Bila ayah kamu pulang?
|
Bilakah ayah kamu pulang?
|
Mengapa
|
Mengapa kamu datang lambat hari ini?.
|
Mengapakah kamu datang lambat hari ini?.
|
Mana
|
Mana ibu?
|
Manakah ibu?
|
Siapa
|
Siapa nama jiran baru kamu?
|
Siapakah nama jiran baru kamu?
|
Kecuali kata
"ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel
"kah". Bagaimanapun, partikel "kah"
sering digunakan untuk maksud penegasan.
Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan
yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung
ayat. Umpamanya:
· Tetamu sudah tibakah?
· Buah itu sudah masakkah?
· Mereka hendak menolong kitakah?
Kesalahan ini
tertimbul kerana dipengaruhi oleh bahasa sehari-hari seperti berikut:
· Tetamu sudah tibake?
· Buah itu sudah masakke?
· Mereka hendak menolong kitake?
"Ke"
sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi "kah" tidak
boleh digunakan dalam tulisan. Selain itu, "kah" tidak
boleh digunakan di hujung ayat.
Ayat songsang
Dalam ayat
songsang, predikat terletak pada awal ayat dan subjek pula terletak pada
hujung ayat. Ini merupakan hal yang terbalik dalam ayat biasa:
AYAT BIASA
|
→
|
SUBJEK + PREDIKAT
|
AYAT SONGSANG
|
→
|
PREDIKAT + SUBJEK
|
AYAT PASIF
|
→
|
OBJEK + KATA KERJA + SUBJEK
|
Ayat songsang
memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya membantu menghidupkan
tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan menyebabkan bahasa
anda akan lebih indah dan segar. Selain itu, ayat songsang amat berguna jika
anda perlu menekankan predikat, dan bukan subjeknya. Semua jenis ayat dapat
disongsangkan.
Jenis ayat
|
Susunan biasa
|
Susunan songsang
|
Ayat inti
|
Encik Yosri birokrat.
|
Birokratlah Encik Yosri.
|
Kucing itu ke sana.
|
Ke sana kucing itu.
|
|
Ayat tanya
|
Orang itu adik kamu?
|
Adik kamukah orang itu?
|
Kamu belum makan?
|
Belum makankah kamu?
|
|
Ayat pasif
|
Surat itu akan saya kirimkan.
|
Akan saya kirimkan surat itu.
|
Saya ketinggalan bas
pada hari itu.
|
Ketinggalan bas saya pada hari itu.
|
Perhatikanlah
bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel "kah"
(untuk ayat tanya) dan partikel "lah" (untuk ayat berita)
perlu digunakan supaya jelas bentuk ayat songsang itu.
Ayat inti
Ayat inti ialah ayat
yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu dengan
ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika
anda menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran makna lebih
daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat berguna untuk menjelaskan sesuatu
dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering menggunakan ayat inti untuk
mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu
pembaca.
Ayat gabungan
Ayat gabungan ialah ayat
yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang digabungkan menjadi satu ayat
dengan menggunakan kata penghubung seperti dan, serta, atau,
tetapi, lalu, dan sebagainya untuk mengaitkan pendapat yang
berhubungan antara satu dengan yang lain. Bahasa Melayu mempunyai enam pola ayat
gabungan, iaitu:
1.
Ayat dengan ayat
2.
Subjek dengan subjek
3.
Predikat dengan predikat
4.
Adverba dengan adverba
5.
Objek dengan objek.
6.
Ayat gabungan dengan kata penghubung
yang berpasangan.
Jenis ayat gabungan
|
Ayat komponen
|
Ayat gabungan
|
Ayat dengan ayat
|
Abu amat rajin bekerja.
Majikan menaikkan gajinya. |
Abu amat rajin bekerja dan majikan
menaikkan gajinya.
|
Subjek dengan subjek
|
Ali suka makan manggis.
Ahmad suka makan manggis. |
Ali dan Ahmad suka makan manggis.
|
Predikat dengan predikat
|
Mereka menghadiri ceramah itu.
Mereka menganggap ceramah itu sangat berfaedah. |
Mereka menghadiri ceramah itu kerana
mereka menganggap ceramah itu sangat berfaedah.
|
Adverba dengan adverba
|
Saya akan menghabiskan kerja itu
besok.
Jika tidak jadi, saya akan menghabiskan kerja itu lusa. |
Saya akan menghabiskan kerja itu
besok atau lusa.
|
Objek dengan objek
|
Ibu membeli sayur di pasar.
Ibu membeli ikan di pasar. |
Ibu membeli sayur dan ikan di pasar.
|
Ayat gabungan dengan kata penghubung
yang berpasangan
|
-
|
Sedangkan dia tidak dapat memasuki
kolej itu, apatah lagi saya.
|
Selain
daripada memperkaya gaya penulisan, ayat gabungan dapat mengaitkan dua ayat
yang seakan-akan tidak ada perkaitan. Contohnya:
1. Perkara itulah yang saya nyatakan
kepada Azman.
2. Azman tidak percaya.
Kedua-dua
ayat seakan-akan tidak ada perkaitan. Jadi, dalam hal sedemikian, ayat gabungan
yang berikut amat perlu digunakan:
Perkara
itulah yang saya nyatakan kepada Osman, tetapi Osman tidak percaya.
Ayat pancangan
Ayat
pancangan
ialah ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat besar dan satu klausa (ayat
kecil), umpamanya:
- Keluarga Ali berpindah ke Kuala Lumpur kerana penukaran kerjanya.
- Jika hari hujan, saya tidak akan keluar dari rumah.
- Angkatan tentera British tertewas di Singapura walaupun mempunyai lebih askar berbanding dengan tentera Jepun.
No comments:
Post a Comment