Friday, 24 August 2012

Kata bilangan

Dalam bahasa Melayu, kata bilangan ialah kata yang menyatakan banyaknya benda. Kata bilangan ada enam jenis iaitu:
  1. Kata bilangan tentu
    Contoh: satu, dua, tiga
  2. Kata bilangan tak tentu
    Contoh: beberapa, banyak, segala
  3. Kata bilangan himpunan
    Contoh: kedua-dua, berbulan-bulan
  4. Kata bilangan pecahan
    Contoh: setengah, tiga suku
  5. Kata bilangan pisahan
    Contoh: tiap-tiap, masing-masing
  6. Kata bilangan tingkat
    Contoh: pertama, kedua, ketiga

2 comments:

Uji Hussein said...

Follow blog ni utk perbaiki BM saya.

ABS said...

Terima kasih cikgu. Maklumat sini banyak membantu pengajaran saya.