Saya masih ingat lagi kempen yang
diperkenalkan oleh Dewan Bahasa Pustaka (DBP) iaitu "BAHASA JIWA
BANGSA". Saya percaya juga ramai di kalangan kita yang tahu kempen ini
atau sekurang-kurangnya pernah terdengar ungkapan tersebut. Dan saya
rasa ramai juga yang bersetuju bahawa kempen ini tidak berjaya dan
seolah-olah dipulaukan oleh masyarakat pada hari ini. Tidak dinafikan
ramai juga yang peka dengan gaya penggunaan bahasa tetapi golongan yang
meminggirkannya ternyata jauh lebih ramai mengatasi mereka yang peduli.
"cantik sial jam kau tu..kat mane kau beli tu?"
"murah jerr harge die...sepuloh hengget je.."
"relaks ler cikgu. tak sporting langsung la"
" i think die punye colour tu kurang bright sikit la...kasi change la !"
Bahasa yang diucapkan oleh seseorang rasanya amat berkait rapat dengan akhlak seseorang dan juga gaya pemikirannya. Beberapa dialog di atas adalah antara contoh bahasa anak-anak muda generasi kini yang saya kira sudah hilang kepedulian terhadap bahasa bangsanya sendiri.
Bukan cakap kosong, tetapi anda boleh terjun ke tengah-tengah masyarakat dan saksikan sendiri kemusnahan bahasa melayu yang sedang berlaku.
Bukan mengatakan yang diri ini sangat sempurna apabila berbahasa, tapi sekurang-kurangnya saya cuba menjaga dan berbahasa seelok yang mungkin kerana saya yakin apa yang diucapkan itu, melambangkan akhlak dan peribadi diri saya sendiri.
"ala asal orang lain paham sudah le" antara ungkapan yang selalu sangat didengar..........
Saya pernah melihat seorang wartawan menanyakan pendapat kepada seorang pemuda tentang progam motivasi dihadirinya.
wartawan : Apa perasaan adik setelah selesa menjalani program ini?
remaja : Best giler program ni. Kawan-kawan ramai giler yang support. Respek betul kat pengendali program ni. Gempak gileerrr!!
Sekali imbas, memang seperti tidak ada apa-apa yag berlaku. Tapi bila melihat gaya, gaya bahasa dan intonasi yang dilontarkan membuat hati ini agak sakit dan rimas.
Kenapa kita suka mendengar lagu?
Sebab pada pandangan saya kebanyakan lagu-lagu yang berkualiti digubah dengan gaya bahasa yang indah dan menarik dan juga ringkas serta mudah difahami oleh pendengar. Bahasa yang baik ini pula bila dilagukan sesuai dengan senikata, akan membuatkan pendengar menjadi tertarik dan suka pada lagu itu.

Tidak
ramai antara kita yang suka mendengar lagu yang mencarut-carut, memaki
hamun dan kurang elok bahasanya. Ramai di kalangan kita suka lagu yang
damai dan tenang, bermaksud telinga kita suka mendengar kepada yang
indah dan baik-baik. Jadi apalah salahnya kita elokkan sedikit bahasa
apabila kita berinteraksi dan bercakap dengan orang lain. Malah dalam
menulis juga perlu! Ejaan yang betul, kurang singkatan, bahasa yang
baik, pasti akan lebih menarik pembaca untuk membaca apa yang kita
tulis. Malah mesej yang kita ingin sampaikan insyaAllah akan sampai.
sms atau e-mail
Ramai
juga sedar yang penyakit menulis short form atau ringkasan semakin
menular. Hampir semua perkataan hendak diringkaskan. Contohnya saya
menjadi sy, awak menjadi awk, dan bermacam-macam lagi....Saya pernah
hingga ke satu tahap meminta orang yang mengirim sms kepada saya supaya
menghantar semula smsnya dengan bahasa dan perkataan yang dapat saya
faham. Bukan terlalu obses atau rigid, tetapi jika boleh, biarlah
ringkasan yang digunakan dapat difahami oleh penerima, bukan oleh
pengirim sms sahaja. Mungkin dalam menggunakan sms kita perlu kepada
ringkasan memandangkan ruangnya yang terbatas. Tetapi harapnya kita
dapat minimumkan ringkasan, bahasa rojak dan perkataan yang kurang
menyenangkan apabila menulis email, memberi maklumbalas atau respon,
menulis artikel dan banyak lagi.
BAHASA JIWA BANGSA...!
1 comment:
Yang kurik itu kundi (bukan kendi)
Post a Comment