Saya masih ingat lagi kempen yang
diperkenalkan oleh Dewan Bahasa Pustaka (DBP) iaitu "BAHASA JIWA
BANGSA". Saya percaya juga ramai di kalangan kita yang tahu kempen ini
atau sekurang-kurangnya pernah terdengar ungkapan tersebut. Dan saya
rasa ramai juga yang bersetuju bahawa kempen ini tidak berjaya dan
seolah-olah dipulaukan oleh masyarakat pada hari ini. Tidak dinafikan
ramai juga yang peka dengan gaya penggunaan bahasa tetapi golongan yang
meminggirkannya ternyata jauh lebih ramai mengatasi mereka yang peduli.
"cantik sial jam kau tu..kat mane kau beli tu?"
"cantik sial jam kau tu..kat mane kau beli tu?"