SIKAP
tidak berhati-hati, gopoh dan malas berfikir panjang sewaktu menjawab
soalan adalah antara faktor menyebabkan calon kehilangan markah atau
tidak memperoleh jumlah maksimum untuk kertas Bahasa Melayu Pemahaman.
Bagi membantu calon mendapat markah maksimum, beberapa petua diberikan bagi menjawab soalan kertas ini dengan baik.
BAHAGIAN TATABAHASA
Pastikan calon sudah menguasai kesemua aspek penggunaan bahasa dalam bahagian tatabahasa.
Langkah
ini penting kerana kesemua pilihan jawapan yang diberikan perlu
difahami makna atau maksudnya terlebih dulu sebelum memilihnya sebagai
jawapan.
Berikut beberapa langkah yang perlu dilakukan calon sewaktu menjawab soalan bahagian tatabahasa.