Teknik-teknik
pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha kita menghadapi
pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang
cemerlang di dalam bidang pembelajaran.
Pelajar perlu memahami
bahawa tidak ada satu ‘formula’ yang mesti dan tepat bagi merumuskan
satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia
banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. Apa yang penting
untuk dijelaskan ialah beberapa garis panduan yang besar sahaja
dikenalpasti untuk dijadikan landasan bagi seseorang pelajar bergerak
menghadapi peperiksaan.
FAKTOR-FAKTOR DORONGAN DALAM PEMBELAJARAN
- Mengenal pasti wujudnya ‘motivasi dalaman’ atau faktor-faktor pendorong di dalam diri maing-masing, misalnya kemiskinan.
- Menginsafi akan kepentingan ilmu, tujuan ilmu dipelajari, untuk apa dan hendak ke mana ilmu yang dikumpulkan itu.
- Dorongan dari rasa tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
- Menginsafi peranannya terhadap masyarakat pada masa hadapan.