- Karangan cerita merupakan karangan yang paling popular dalam UPSR. Karangan yang hendak ditulis mestilah berdasarkan tema atau situasi yang diberi. Untuk menghasilkan sebuah cerita yang baik, kesinambungan jalan cerita mestilah berurutan dari satu perenggan ke perenggan yang lain.
- Karangan jenis cerita ialah karangan yang berbentuk cerita rekaan, cerita imaginasi.
- Ketepatan fakta tidak diperlukan, tetapi cerita yang dipaparkan mestilah logik, menggunakan bahasa yang indah serta pengolahan yang mempunyai unsur-unsur kreatif.
- Karangan ditulis berdasarkan pengalaman, pemerhatian, perbualan, dan pembacaan.
- Sebuah cerita yang baik mempunyai ciri-ciri seperti berikut, iaitu peristiwa, watak, tempat ( latar cerita) sebab dan akibat kejadian serta plot (jalan cerita).
- Karangan di bahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu perkembangan isi, ketegangan, kemuncak, dan penyelesaian.
- Perbualan atau dialog boleh digunakan untuk menghidupkan sesebuah cerita.
- Setiap cerita mempunyai nilai murni seperti tolong-menolong, kasih sayang dan sebagainya.
- Kemahiran berfikir secara keritis dan kreatif sangat-sangat diperlukan untuk mencorakkan jalan cerita yang lebih menarik dan berkesan.
Showing posts with label karangan popular. Show all posts
Showing posts with label karangan popular. Show all posts
Friday, 3 August 2012
Karangan - Cerita
Pengenalan
Subscribe to:
Posts (Atom)