Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah anda. Anda
dikehendaki menyediakan laporan tentang kegiatan-kegiatan yang telah
dijalankan oleh persatuan tersebut. Sediakan laporan itu selengkapnya.
*** *** ***** *** ***
Rangka karangan
Pendahuluan:
-penubuhan persatuan
-anggota persatuan
-tujuan penubuhan
Isi
a) kegiatan-peraduan menulis esei tentang sains-pemenang
b) ceramah -guru pakar Matematik dan Sains
c) gotong-royong-menceriakan taman Sains
d) lawatan ke Taman Herba
Penutup
-berterima kasih kepada guru penasihat.
Pendahuluan:
-penubuhan persatuan
-anggota persatuan
-tujuan penubuhan
Isi
a) kegiatan-peraduan menulis esei tentang sains-pemenang
b) ceramah -guru pakar Matematik dan Sains
c) gotong-royong-menceriakan taman Sains
d) lawatan ke Taman Herba
Penutup
-berterima kasih kepada guru penasihat.
*** *** *** *** ***
Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Besout 4
Persatuan Matematik dan Sains Sekolah Kebangsaan Besout 4 dibentuk pada tahun 2009. Anggota -anggota persatuan ini berjumlah 56 orang. Mereka terdiri daripada pelajar Tahun Tiga hingga Tahun Enam. Persatuan ini dibentuk untuk membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik serta memudahkan pelajar bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran ini.
Sepanjang tahun 2012, persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sama ada berbentuk akademik mahupun bukan akademik. Kegiatan pertama yang kami jalankan ialah "Peraduan Menulis Cerpen Fiksyen Sains". Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat menggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh Masuddi bin Mohd Ali, pelajar Tahun Enam Amanah.
Kami juga menganjurkan ceramah tentang Sains dan Matematik. Ceramah ini disampaikan oleh salah seorang guru pakar Matematik dan Sains daerah Batang Padang iaitu Cikgu Ahmad Shaulan dari SK Besout 3. Selain itu, kami turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Kami memperindahkan kawasan Taman Sains SKBE dengan menanam berbagai jenis bunga dan menamakan pohon-pohon tersebut mengikut istilah sains.
Pada 22 Julai 2012, kami telah mengadakan lawatan ke Taman Herba di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur. Taman ini mempunyai lebih dari 90 spesis tumbuhan herba yang ada antaranya amat sukar ditemui. Sebagai hasil lawatan ini, kami banyak memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan tumbuhan herba dalam bidang perubatan.
Pada keseluruhannya, kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan. Kami juga berterima kasih kepada guru penasihat, Cikgu Mohd Zaharani yang banyak memberikan bimbingan kepada kami.
Disediakan oleh, 22 Julai 2012
Musalmah
(MUSALMAH BINTI ARBAIN)
Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains
Sekolah Kebangsaan Besout 4,
Sungkai,
Perak.
No comments:
Post a Comment