Pak Utih sedar dia tidak bersekolah. Hendak berniaga, dia tiada modal.
Hendak menjadi tukang rumah, dia tiada kemahiran. Apatah lagi hendak
bekerja di jabatan kerajaan. Jadi, hanya buruh kasar pekerjaan yang
sesuai untuk orang seperti dirinya.
Begitupun, Pak Utih bertekad. Dia tidak mahu anak-anaknya menjadi seperti dirinya. Dia mahu melihat anak-anaknya berjaya. Mudah-mudahan, kejayaan mereka nanti dapat meringankan beban yang ditanggung selama ini.
Saban hari, Pak Utih melakukan pelbagai pekerjaan. Dia sanggup mengambil upah menebas rumput, memanjat pokok kelapa, menanam pokok koko, dan memetik buah sawit semata-mata untuk menyekolahkan Karim dan Salim. Dia sanggup berlapar, dia sanggup tidak bersalin pakaian asalkan anak-anaknya dapat belajar.
Setelah tamat pengajian,Karim dan Salim bekerja di Kuala Lumpur. Gajinya pula cukup lumayan. Jadi, mereka mampu membeli kereta mewah dan rumah banglo. Rupa-rupanya, keseronokan di kota menjadikan mereka lupa diri. Mereka langsung tidak menziarahi ibu bapa mereka di kampung pedalaman.
Pak Utih betul-betul tidak menyangka bahawa anak-anaknya yang disanjung kini "seperti kacang lupakan kulit". Apabila teringat akan anak-anak itu, air mata mereka bercucuran ke pipi.
No comments:
Post a Comment