Showing posts with label karangan peribahasa. Show all posts
Showing posts with label karangan peribahasa. Show all posts

Sunday, 29 July 2012

Karangan Peribahasa "Seperti Kacang Lupakan Kulit"

Pak Utih sedar dia tidak bersekolah. Hendak berniaga, dia tiada modal. Hendak menjadi tukang rumah, dia tiada kemahiran. Apatah lagi hendak bekerja di jabatan kerajaan. Jadi, hanya buruh kasar pekerjaan yang sesuai untuk orang seperti dirinya.

Begitupun, Pak Utih bertekad. Dia tidak mahu anak-anaknya menjadi seperti dirinya. Dia mahu melihat anak-anaknya berjaya. Mudah-mudahan, kejayaan mereka nanti dapat meringankan beban yang ditanggung selama ini.

Saban hari, Pak Utih melakukan pelbagai pekerjaan. Dia sanggup mengambil upah menebas rumput, memanjat pokok kelapa, menanam pokok koko, dan memetik buah sawit semata-mata untuk menyekolahkan Karim dan Salim. Dia sanggup berlapar, dia sanggup tidak bersalin pakaian asalkan anak-anaknya dapat belajar.